Tuesday 21 January 2014

PERBEZAAN PERNIAGAAN DALAM NEGERI DENGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

PERNIAGAAN DALAM NEGERI

1. Ia merangkumi aktiviti borong dan runcit
2. Jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah keretapi, lori dan van
3. Tidak wujud banyak sekatan kepada peniaga
4. Aktivitinya hanya dijalankan dalam negeri sahaja
5. Melibatkan penggunaan satu jenis mata wang sahaja
6. Perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih rendah
7. Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih mudah berbanding perniagaan antarabangsa


PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1. Ia merangkumi aktiviti import, eksport dan entreport
2. Jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut atau kapal terbang
3. Wujud pelbagai sekatan perdagangan antarabangsa seperti tariff, kuota, embargo
4. Aktivitinya merentasi sempadan negara
5. Melibatkan penggunaan pelbagai mata wang asing
6. Perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih tinggi
7. Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

No comments:

Post a Comment