Tuesday 21 January 2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN OPERASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA KEPADA PENGGUNA, PENGELUAR DAN NEGARA

Kebaikan
Ø  Kepentingan Kepada Pengguna
•Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  - sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua    
    barang untuk memenuhi keperluan dan kehendak  
    pengguna yang tidak terhad. 
  - Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.
•Mempelbagaikan pilihan pengguna.
  - Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza. 
  - Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis   
    barangan di pasaran.
•Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.
  - Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan  
    diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan. 
  - Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih   
    rendah.
  - Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang  
    mendorong pengeluar tempatan 
  - meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
  - Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi   
     pada tahap harga yang rendah.
•Meningkatkan taraf hidup.
  -ia dapat memenuhi kehendak pengguna
  -mempelbagaikan pilihan pengguna
  - menikmati barang berkualiti pada harga rendah
  - menikmati keselesaan hidup daripada barang yang   
    digunakan
  - memenuhi cita rasa pengguna
•Menambahkan peluang pekerjaan.
  - perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan   
    tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan  
    dengan lancar.
•Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
  - pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran  
    teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

Ø  Kepentingan Kepada Pengeluar
•Pasaran yang lebih luas
  -kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah   
   kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia   
   yang lebih luas.
•Pengeluaran berskala besar
  - pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada   
    kecekapan dan kepakaran
  - pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran  
   kerana pasaran luas
  - firma tempatan akan berusaha menurunkan kos  
    pengeluaran, meningkatkan keuntungan ,operasi lebih   
    cekap dan efektif, keluaran lebih berdaya saing dan  
    mencapai ekonomi bidangan
•Pertukaran pengetahuan dan teknologi
  - hubungan dua hala menggalakkan pertukaran  
    maklumat, pengetahuan dan teknologi
  - pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti   
    keluaran
•Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
  - pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah
    dengan mudah
  - bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat
    diimport bagi membolehkan proses pengeluaran
    berterusan
•Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
  - ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran  
    luas. 
  - kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan
    kualiti barangan

Ø  Kepentingan Kepada Negara
•Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
  - melalui duti kastam ke atas import dan eksport
  - cukai pendapatan ke atas keuntungan
  - kerajaan menambah peruntukan untuk projek
   pembangunan negara 
•Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
  - hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek
    ekonomi, social, politik, kebudayaan dan teknologi
•Mendapat pertukaran asing
  - kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing  
    mengalir masuk
  - pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat
    daripada imbangan dagangan lebihan
•Mengurangkan pengangguran
  - pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan   
    mewujudkan banyak peluang pekerjaan
•Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
  - mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara
    lain
•Meningkatkan imbangan pembayaran negara
  - penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata
    menyebabkan pengaliran masuk modal 
  - imbangan pembayaran positif

Keburukan
Ø  Risiko “dimilik negara” atau rampasan nasionalistik.
Ø  Firma akan berhadapan dengan pelbagai faktor yang sukar difahami, seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran tempatan, politikal, kerajaan, guaman, teknologikal, ekonomi dan kuasa persaingan apabila melakukan perniagaan di peringkat antarabangsa. Faktor ini kadangkala menghalang atau menyukarkan komunikasi antara syarikat induk dan subsidiari.
Ø  Membuat penilaian yang tidak seimbang seperti kelemahan pihak pesaing sering dianggar lebihan dan kekuatan pesaing sering dianggar berkurang. Mengambil maklum mengenai jumlah dan sifat persaingan di negara asing adalah amat sukar kerana sumber maklumat yang terbatas.
Ø  Wujud perbezaan dalam penggunaan bahasa, budaya dan sistem nilai di sesuatu negara dan ini boleh mewujudkan satu halangan pada komunikasi serta memberi masalah dalam pengurusan sumber manusia.
Ø  Untuk mengendalikan perniagaan antarabangsa, firma perlu memahami pelbagai ilmu seperti ilmu persatuan ekonomi serantau, Perdagangan Bebas Serantau, Bank Dunia, World Trade Organization dan sebagainya. Kefahaman setiap peranan persatuan tersebut kadangkala sukar diperolehi.
Ø  Berurusan dengan pelbagai sistem monetari boleh menambah komplikasi pada operasi perniagaan antarabangsa.
Ø  Firma multinasional selalunya menghadapi pelbagai risiko yang unik, seperti rampasan aset, kerugian akibat dari turun naik kadar mata wang, terjemahan kontraks dan perjanjian mengikut mahkamah asing, pergolakan politik dan sosial, sekatan import dan eksport, tarif dan sekatan perdagangan. 

5 comments:

  1. Terima kasih! Amat berguna! Assalamualaikum!

    ReplyDelete
  2. Dear Staff Export

    Selamat Siang,
    Saya dari PT Tiga Sekawan Sukses Ekspress ingin memperkenalkan service yang kami miliki yaitu pengiriman Export/Import barang :

    General Cargo
    Dangerous Goods/Chemical, dan
    Perishable

    Dengan AirFreight Ke mancanegara dengan cepat , aman , nyaman, dan dapat bersaing harga. Kami merupakan TOP Agent dan direct semua Airlines dan dapat dijadikan rekanan oleh Freight Forwading untuk bekerja sama dalam proses pengiriman.
    Mengenai price list kami berdasarkan case by case tujuan, berat dan barang yg dikirim ,
    Untuk perbandingan dengan yang sudah ada, ataupun pertanyaan jangan ragu menghubungi saya untuk mengecheck Rate yang dibutuhkan baik via Udara.
    Kami sangat mengharapkan dan menunggu kabar baiknya.
    Atas perhatian dan kerja samanya saya ucapkan terimakasih.

    Thank You

    --
    NOTE :
    Following to the release of MOF Regulation No. 38/PMK.011/2013, PT Tiga Sekawan Sukses Ekspres will be in compliance with the Indonesia regulation,
    The Value Added Tax (VAT) will be levied effective from January 01, 2016.

    1. All freight components will be charged VAT 1%.
    ===============================
    Best Regards,
    Feri
    (Airfreight International)
    PT TIGA SEKAWAN SUKSES EKSPRESS
    Komplek Puri Delta Mas Blok D1-3
    Jalan Bandengan Selatan Raya no 43
    Tel : 62-21 66692366 (hunting)
    Fax : 62-21 66692602/466/477
    mobile : 087808065341
    Email : ferian@three-ss.com

    ReplyDelete