Tuesday 21 January 2014

PENGENALAN PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA


Ø  Organisasi yang mengurus perniagaan merentasi sempadan negara dikenali sebagai firma antarabangsa atau syarikat multinasional.
Ø Pengurusan strategik adalah proses menentukan sesebuah organisasi mengenai asas tujuan dan objektif jangka panjang, kemudian melaksanakan rancangan tindakan untuk mencapai matlamat.
Ø  Istilah syarikat induk adalah syarikat yang bertapak di negara sendiri serta melabur pada peringkat antarabangsa,
Ø      Negara tamu adalah negara di mana syarikat perniagaan melabur.
Ø  Dari segi konsep proses pengurusan strategik, pelaksanaannya adalah sama bagi firma antarabangsa mahupun firma domestik, tetapi proses pelaksanaannya agak lebih rumit dan komplek bagi firma antarabangsa.
Ø Ini disebabkan beberapa faktor seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran, politikal, kerajaan, guaman, teknologikal dan persaingan yang boleh memberi tekanan, peluang dan cabaran bagi syarikat yang ingin mewujudkan cawangan perniagaan di negara asing.
Ø  Jarak kawasan, perbezaan budaya dan adat, serta variasi pada amalan perniagaan selalunya akan menyukarkan komunikasi antara pihak syarikat induk dan pihak operasi luar negara.
Ø  Pelaksanaan strategi juga turut menjadi sukar kerana perbezaan pada budaya boleh membawa perbezaan pada norma kerja, nilai dan etika kerja.

No comments:

Post a Comment